Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Profesional di Hotel New York, Johor Bahru pada 16 hingga 19 Oktober 2018.
Antara agendanya ialah pembentangan post mortem pelaksanaan Konvensyen Pendidikan GMGBM Ke-24 lalu yang akan disampaikan oleh Tn. Hj. Abd. Shukor dari MGB Selangor selaku tuan rumah.
Selain itu, MGB Sarawak pula akan membentangkan rangka dan konsep pelaksanaan Konvensyen ke-25 di Kuching Sarawak pada 9 hingga 12 April 2019.
Tuan Syed Abdul Hafiz bin Syed Mohamad dari BPSM
Assalamualaikum. Difahamkan akan berlangsung satu konvensyen di Sarawak pada tahun ini (2019). Bolehkah tahu apakah perkembangan dan tarikh pelaksanaan. Terima kasih di atas respon tuan.
ReplyDelete