Makluman:
Semua peserta konvensyen diharapkan dapat mengambil bahagian dalam kuiz menggunakan aplikasi online Kahoot!.
Caranya :
1. Log in Kahoot! di https://kahoot.it. dengan menggunakan telefon pintar anda. Paparan untuk peserta adalah sangat ringkas.
2. Peserta perlu menunggu arahan dari pengacaran majlis untuk Game PIN bagi kuiz. .Game PIN itu akan berubah-ubah setiap kali mengikut slot - slot yang diadakan. Peserta perlu menunggu paparan yang tertera pada skrin.
3. Sebaik saja, pengacara mulakan kuiz, Game PIN akan terpapar di skrin. Peserta dikehendaki memasukkan Game PIN tu melalui telefon pintar masing-masing.
4. Kemudian, peserta perlu masukkan ID dan Nama Panggilan. Contohnya, 100Yusri (Sila rujuk tag nama). ID dan nama panggilan peserta yang sudah menyertai kuiz, akan terpampang di skrin.
5. Apabila semua peserta telah log in dalam kuiz, pengacara akan memulakan Kuiz Kahoot!. Masa yang diperuntukkan adalah 20 saat untuk setiap soalan.
6. Soalan akan terpampang di skrin depan.
7. Peserta akan menjawab di telefon pintar dengan hanya memilih pilihan jawapan yang betul. Semua peserta memasukkan jawapan masing-masing.
8. Selesai masa menjawab yang diberikan, jawapan sebenar akan keluar.
9. Setiap peserta akan mendapat keputusan samada BETUL atau SALAH di skrin masing-masing.
10. Apabila tamat Kuiz, akan terpapar senarai Top 5 peserta dengan markah tertinggi. Markah tertinggi diberikan kepada peserta dengan jawapan yang betul dan jawapan yang paling cepat dimasukkan.
11. Teruskan dengan soalan seterusnya sehingga selesai menjawab semua soalan.
No comments:
Post a Comment